• Pilihan Raya Kampus bulan Oktober


    Bangi , pilihan raya kampus telah kedengaran di bilik HEP, maklumat daripada seorang pembantu tadbir HEP yang terbaru "persediaan pihak pentadbiran untuk menghadapi pilihan raya kampus sudah hampir sepenuhnya. Hampir semua pegawai di HEP sudah mula melakukan gerak kerja ke arah itu. Mesyuarat penyelarasan telah diaturkan". ujarnya, namun bila ditanya tarikh sebenar plilihan raya kampus, beliau enggan mengulas.


    Pihak aspirasi juga sudah bersiap sedia dengan menggunakan ruang yang ada untuk menyediakan jentera dan juga calon bagi pihak mereka . Seorang pelajar dari fakulti pendidikan telah ditawarkan untuk menjadi calon bagi pihak aspirasi. Mereka juga akan pergi berkursus dalam masa terdekat bagi menyiapkan jentera pilihan raya,salah seorang jaksa kolej kediaman Aminuddin Baki memaklumkan.


    Pilihan raya kampus menjanji persaingan yang hebat antara pihak aspirasi dan GMUKM, hasil pemantauan secara rambang, GMUKM telah pun bergerak dengan menjalankan kempen di sekitar kolej dan juga hentian bas. Kebersedian GMUKM kali ini nampak begitu yakin untuk memimpin PMUKM.


    Mahasiswa sebenarnya amat mengharapkan calon-calon yang akan bertanding pada kali mempunyai kewibawaan yang tinggi untuk memimpin PMUKM, bukan hanya dicaturkan semata-mata.

    more
  • H1n1 serius, pencegahan perlu tingkatkan lagi..


    Soal universiti tutup ataupun tidak bukan soalnya tetapi sejauh mana langkah-langkah pencegahan yang diambil dan dilakukan perlu diberi keutamaan, jika UKM ini ditutup sekali pun, apakah jaminan mahasiswa akan selamat jika semua pulang ke kampung atau ke rumah masing-masing. Penularan jangkitan ini telah meluas di seluruh Malaysia dan tiada jaminan di sesuatu tempat orang itu akan selamat.

    Krew UKM-KINI juga ada mendapat maklumat tentang penularan virus ini semakin merebak di UKM, ada juga sumber maklumat menyatakan sudah terdapat kes kematian berlaku namun masih dalam siasatan. Hasil pemantauan krew UKM-KINI,Kolej Keris Mas dijadikan tempat untuk dikuarantinkan, krew UKM-KINI merasakan ini juga merupakan langkah pencegahan yang bijak daripada membiarkan pelajar yang terbabit pulang, seterusnya menjadikan perkara ini lebih serius.

    Soal menjaga keselamatan mahasiswa merupakan perkara utama, tetapi perlu dalam keadaan berjaga-jaga, nasihat dari pakar-pakar kesihatan perlu didengar agar tidak tersilap langkah. Harap pentadbiran UKM memikirkan cara yang terbaik bagi memastikan perkara ini dapat dibendung dengan jayanya.

    more
  • Salam kembali Setelah lama menyepi kini, UKM-KINI kembali, atas faktor yang tidak dapat dielakkan sebelum ini, krew UKM-KINI tidak dapat mengemas kini blog ini secara berterusan, sepanjang tempoh tertangguh ini, banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama tetapi pihak krew UKM-KINI akan cuba untuk berkongsi maklumat yang akan datang dan berkaitan sahaja. Kerjasama dari semua pihak didahulukan dengan ucapan terima kasih. Dikesempatan ini juga pihak krew UKM-KINI mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi muslim khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    more
  • GMUKM Ucapkan Terima Kasih kepada UKM-KINI



    (RESPON GMUKM)


    Kami, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM merakamkan ucapan terima kasih kepada ukm-kini.blogspot kerana berjaya memberikan promosi percuma kepada MPP GM yang dikatakan berpecah. Syabas juga kami ucapkan kepada ‘wartawan’ blog tersebut yang telah menimbulkan polemik kepada politik kampus di bumi UKM ini.

    Tulisan tanpa bertarikh ini telah menyaksikan isu perpecahan MPP GM menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari tulisan ini.

    MPP GM berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menjelaskan isu ini agar ia tidak menjadi virus fitnah yang boleh menghancurkan kepimpinan yang pro kepada mahasiswa. Kami sebagai MPP yang dipilih secara sah dan menjadi wakil mahasiswa, menafikan sama sekali tulisan tersebut dan menegaskan tiada MPP GM yang bersimpati atau bersatu dengan MPP Aspirasi.

    Untuk pengetahuan semua, jelas dan tegas bahawa MPP Aspirasi tidak akan sama sekali bersatu dengan MPP GM atas nama kepentingan mahasiswa. Tiada pelantikan dalam jawatan Exco PMUKM, tiadanya kemudahan asasi seperti duit panjar mahupun bilik, cukup menjadi bukti jelas bahawa MPP Aspirasi tidak akan simpati dengan MPP GM disebabkan keegoan dan arahan pihak HEP yang mahukan Aspirasi sepenuhnya mengawal PMUKM demi kepentingan politik mereka.

    Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak Aspirasi untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan mahasiswa terutamanya isu kebajikan.

    MPP GM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen kami sebagai MPP untuk memastikan GMUKM sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin bahawa isu yang ditimbulkan ukm-kini ini, lebih kepada kontroversi untuk menaikkan rating blog tersebut. Kami dengan menafikan sepenuhnya berita tersebut dan menyatakan dengan tegas bahawa MPP GM adalah bersatu padu dan mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan agenda perubahan terlaksana di bumi UKM ini.

    Kenyataan bersama yang ditandatangani 12 MPP GMUKM

    MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI

    MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN

    MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI

    MPP- FUU PHOON KAR LIANG

    MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

    MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI

    MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL

    MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN

    MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF

    MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD

    MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN

    MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL

    UKM-KINI mengharapkan kenyataan GMUKM ini betul-betul dipersetujui oleh semua MPP GMUKM, bagi pihak UKM-KINI kami hanya melaporkan berdasarkan maklumat yang disampaikan. sekarang krew UKM-KINI sedang mengumpulkan maklumat. Harap Maklum…..

    more
  • MPP GMUKM berpecah???
    Crew UKM-KINI
    Oleh: Halilintar

    Bangi. Gabungan Mahasiswa UKM yang kuat memperjuangkan nilai yang wujud dalam UKM ini, di laporkan seakan-akan berpecah dua, kebanyakkan MPP GMUKM yang diketuai saudara Hisyamuddin kurang menonjol dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan pada program-program PMUKM dan Universiti.

    Terdapat sumber menyatakan MPP GMUKM berbeza pendapat, hal ini terserlah pada masa kemasukan pelajar baru masuk baru-baru ini. Sebahagian MPP GMUKM mahu bekerjasama dengan pihak Aspirasi dan terdapat sebahagian lagi tidak mahu langsung bekerjasama. Walaupun perkara ini tidak begitu kelihatan tapi hasil laporan dari sumber yang boleh dipercayai memang wujudnya perkara ini.

    Gerak kerja juga seakan-akan berasingan antara satu sama lain. Hal ini jelas bila mana terdapat seorang MPP Umum GMUKM mahu bekerjasama dan bermanis muka dengan MPP Aspirasi terutama yang berjawatan sehingga menawarkan diri untuk bersama. Namun terdapat pula seorang MPP Fakulti GMUKM yang tetap berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Aspirasi dan menganggaap membuang masa saja sehingga pernah menghubungi dan memarahi MPP Aspirasi yang berjawatan.

    Jadi berlaku pertempungan pandangan di dalam MPP GMUKM. Kebanyakkan MPP Aspirasi pula sudah dapat menghidu perkara ini dan pihak Aspirasi tiada masalah jika mahu wujudkan kerjasama dengan pihak GMUKM dan mereka sentiasa membuka ruang kepada GMUKM demi kebaikan dan nama UKM, dapatan hasil maklumat yang diperolehi.

    Namun khabarnya juga pihak Aspirasi sedang mengalami krisis dalaman apabila Presiden PMUKM diketepikan oleh Timbalan sendiri.. mungkin nama yang dicari.. nantikan pendedahan ini seterusnya…

    more
  • Disebalik GMUKM dan ASPIRASI..


    Krew UKM-KINI

    Oleh: Permata Hitam

    GMUKM dan ASPIRASI merupakan organisasi yang akan mucul pada pilihanraya kampus. Perbezaan antara kedua organisasi ini memang begitu ketara dari sudut matlamat dan juga visi yang hendak dicapai. Masing-masing mempunyai proksi sendiri.

    KREW UKM-KINI akan cuba mendedahkan siapakah di sebalik kedua-dua organisasi ini. Perkara pertama yang sedia maklum wujud dua pihak, selalunya pihak kerajaan dan juga di pihak satu lagi dikenali sebagai pembangkang.


    Aspirasi merupakan persatuan yang dinaungi oleh pihak pentadbiran universiti dan sentiasa mendapat tajaan. Merupakan alat @ boneka kepada pihak kerajaan. Untuk gerak kerja Aspirasi semua sudah di susun. Orang yang bertanggungjawab ialah Barisan Nasional itu sendiri. Di UKM sebelum dikenali sebagai Aspirasi, organisasi ini dikenali sebagai TSB(Tindakan Siswa Bersatu) team UMNO . Mereka ini dilatih untuk menghadapi pilihanraya kampus dengan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran universiti. Aspirasi menggunakan nama sebagai sebuah kelab yang kononnya berdaftar dan menaungi seluruh pelajar kampus bagi mengaburi pelajar terutama pelajar baru. Berjaya menarik hati Mahasiswa dengan imej yang baik, tetapi tidak dapat dinafikan Aspirasi banyak memberi sumbangan kepada kolej kediaman.


    Manakala GMUKM pula sebuah organisasi yang under ground. Wujud semenjak 3-4 tahun kebelakangan ini sahaja. Di dalam GMUKM terdapat banyak lagi organisasi lain yang bernaung dibawahnya, seperti MAMPU,IPU, DEMA, Sosialis, JKMI dan sebagainya. GMUKM boleh dibaratkan seumpama Pakatan Rakyat diluar,walaupun tidak sama dan mungkin jauh sekali.


    Sebelum ini GMUKM hanya dipelopori oleh budak-budak MAMPU, dan kurang terlibatan dari pihak yang lain. Selain itu, organisasi yang selalu muncul dan hilang ialah IPU, IPU telah lama wujud, mereka ini boleh dikatakan seperti PAS jika diluar. MAMPU dan IPU merupakan organisasi yang berlainan walaupun seakan-akan serupa. Mungkin sekarang IPU sudah semakin pupus, tidak pasti sejauh mana organisasi ini wujud sehingga sekarang. Organisasi yang terbaru bernaung di bawah GMUKM ialah KAMI (kumpulan anak muda independent), dipelopori budak-budak sosiallis. GMUKM juga tidak mempunyai struktur organisasi yang tersusun. Kejap hilang, kejap ada. Banyak bercakap lebih dari tindakan.


    Nantikan pendedahan seterusnya…………

    more

KOMEN ANDA

Grab This Widget

RATING