• MPP GMUKM berpecah???


    Crew UKM-KINI
    Oleh: Halilintar

    Bangi. Gabungan Mahasiswa UKM yang kuat memperjuangkan nilai yang wujud dalam UKM ini, di laporkan seakan-akan berpecah dua, kebanyakkan MPP GMUKM yang diketuai saudara Hisyamuddin kurang menonjol dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan pada program-program PMUKM dan Universiti.

    Terdapat sumber menyatakan MPP GMUKM berbeza pendapat, hal ini terserlah pada masa kemasukan pelajar baru masuk baru-baru ini. Sebahagian MPP GMUKM mahu bekerjasama dengan pihak Aspirasi dan terdapat sebahagian lagi tidak mahu langsung bekerjasama. Walaupun perkara ini tidak begitu kelihatan tapi hasil laporan dari sumber yang boleh dipercayai memang wujudnya perkara ini.

    Gerak kerja juga seakan-akan berasingan antara satu sama lain. Hal ini jelas bila mana terdapat seorang MPP Umum GMUKM mahu bekerjasama dan bermanis muka dengan MPP Aspirasi terutama yang berjawatan sehingga menawarkan diri untuk bersama. Namun terdapat pula seorang MPP Fakulti GMUKM yang tetap berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Aspirasi dan menganggaap membuang masa saja sehingga pernah menghubungi dan memarahi MPP Aspirasi yang berjawatan.

    Jadi berlaku pertempungan pandangan di dalam MPP GMUKM. Kebanyakkan MPP Aspirasi pula sudah dapat menghidu perkara ini dan pihak Aspirasi tiada masalah jika mahu wujudkan kerjasama dengan pihak GMUKM dan mereka sentiasa membuka ruang kepada GMUKM demi kebaikan dan nama UKM, dapatan hasil maklumat yang diperolehi.

    Namun khabarnya juga pihak Aspirasi sedang mengalami krisis dalaman apabila Presiden PMUKM diketepikan oleh Timbalan sendiri.. mungkin nama yang dicari.. nantikan pendedahan ini seterusnya…

8 comments:

  1. GM Totok says:

    poyolah wei...

  1. Anonymous says:

    aku dengar pon cmtu gak.. pecah2 ni besa la... bknnya sume MMP GMUKM baik2 pon... bkn malaikat pon... aku pon kenal gak diaorang ni...

  1. hantu Za`ba says:

    manusia ni memang la mcm2 perangai ada, jadi biasa la perbezaan pandangan.. jahat pon ada, baik pon ada... dalam jahat ada baik, dalam baik pon ada jahat... hua2

  1. Anonymous says:

    tolong dedahkan dengan terperinci soal "pihak Aspirasi sedang mengalami krisis dalaman apabila Presiden PMUKM diketepikan oleh Timbalan sendiri.."kami mahu maklumat yang luwes untuk 'berkenalan' dengan timbalan presiden PMUKM.

  1. Anonymous says:

    Storm Rider..
    ye ke ni..
    'sumber yg dipercayai'?
    ntah ye ntah x..

  1. Muhd Rosli Awang Pelajar FSSK UKM says:

    tidak dapat kita elakkan untuk cenderung ketika menulis artikel atau pendapat. ini saya akui. izinkan saya memberi pendapat dalam artikel ini.

    1. perenggan kedua baris kedua terakhir menyatakan 'sumber yang boleh dipercayai'. saya ingin tanya apakah sumber tersebut? jika dari mana sumber itu diperolehi juga tidak dinyatakan, macam mana ia boleh dipercayai? sesuatu sumber itu tidak akan boleh dipercayai hanya kerana penulis menggunakan ayat '...hasil laporan dari sumber yang boleh dipercayai...'.

    2. perenggan ketiga ayat kedua menyebut 'seorang MPP GMUKM'. kenapa tidak dinyatakan terus identiti MPP tersebut? penulis membuat tuduhan dan andaian semata-mata tetapi tidak mendedahkan identiti tersebut. maka, macam mana MPP yang dimaksudkan itu mempunyai peluang untuk memberi penjelasan?

    3. pertanyaan saya terpakai juga untuk perenggan terakhir yang menuduh berlakunya krisis dalaman antara presiden dan timbalannya. sekadar cakap senang mulut sahaja tanpa menunjukkan fakta atau situasi. mengapa nak tunggu pendedahan seterusnya? kalau nak tunjuk pada artikel akan datang, mengapa nak buat tuduhan di artikel ini. siapa boleh jamin yang penulis akan betul-betul mendedahkan krisis dalaman pada artikel seterusnya? di mana tanggungjawab kamu selaku penulis?

    4. yang paling teruk dan tiada kredibiliti langsung ialah nama penulis artikel sekadar menggunakan nama samaran. mengapa tidak guna nama sebenar? apa nak ditakutkan?

    kesimpulannya, satu artikel penuh dengan tuduhan semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

  1. Anonymous says:

    ala GM dan aspirasi xda beza apa pun.klu ada sifat beruk tu mmg beruk jugak.

  1. Haf says:

    bagus betul penulisnya,hentam dua2 skali.

    mslh terbesar semua mpp ialah perbezaan ideologi tp itu bkn penghalang utk mpp kali ni utk menjalankan tugasnya.kesilapan terbesar bg semua mpp ialah mereka tdk mahu duduk semeja dan meluahkan segala yg terbuku di hati kedua2 belah pihak [bunyi mcm org bercinta pulak].

    sy cabar mpp aspirasi utk bekerjasama dgn mpp gmukm.sy cabar mpp gmukm utk bekerjasama dgn mpp aspirasi.jikalau anda boleh sahut cabaran ini,sy benar2 bangga jd warga ukm sbb ada pemimpin hebat mcm ni.

Leave a Reply

KOMEN ANDA

Grab This Widget

RATING