-
SENYUMAN DI BIBIR, HATI MEMBARA (KRISIS DI PPP)
Risik-risik Crew UKM-KINI
Oleh : Topi Cowboy
Topi Cowboy mendapat maklumat dari informer-informer di bilik PPP tentang masalah dalaman 2 pegawai PPP antara orang suruhan dengan bosnya. Kisahnya apabila Puan Ayu yang hanya Penolong Pendaftar selalu membuat keputusan seolah-olah mengatasi Prof. Madya Dr. Khaizir yang merupakan Timbalan Pengarah PPP sebagai bosnya. Berlaku banyak ketidakpuasan antara kedua-duanya. Kekadang keputusan yang dibuat Puan Ayu seolah-olah dari Khaizir, hakikatnya ianya hanya dari Puan Ayu. Sudah banyak kali nama Khaizir digunakan Puan Ayu menyebabkan sesetengah pelajar membenci Khaizir kononnya arahan berkaitan sesuatu keputusan yang menimbulkan ketidakpuasan pelajar datangnya dari Khaizir padahal Khaizir langsung tidak tahu menahu.
Puan Ayu juga dilaporkan selalu meniru tandantangan Khaizir untuk mengeluarkan sesuatu arahan. Pernah satu Khaizir begitu bengang apabila mendapat maklumat berkaitan satu pekeliling yang dia langsung tidak tahu menahu. Setelah diselidik, rupa-rupanya Puan Ayu telah meniru tandatangan Khaizir. Topi Cowboy seolah-olah tidak percaya dengan cerita ini kerana dalam satu majlis, kedua-dua insan ini senyum seolah-olah tidak ada apa-apa masalah anatara keduanya. Namun, maklumat dari informer menyatakan sebaliknya. Senyuman hanya di bibir, namun hati tetap membara.
Puan Ayu pula menganggap Khaizir lembik. Itu maklumat yang Topi Cowboy dapat dari informer yang bekerja satu pejabat dengan Puan Ayu. Puan Ayu merasakan Khaizir terlalu lembab menyebabkan kekadang dia terpaksa melakukan sesuatu di luar batasan seorang bawahan. Pernah informer Topi Cowboy makan bersama Puan Ayu. Maka berjuta sumpah seranah dan maki hamun keluar dari mulut Puan Ayu memburukkan Khaizir. Puan Ayu kekadang bengang dengan tindakan Khaizir yang selalu memberi arahan atau tugasan yang sebenarnya diluar bidang tugasnya.
Itu maklumat dari beberapa informer Topi Cowboy di kalangan kaki tangan UKM. Topi Cowboy akan mendapatkan maklumat tentang kedua-dua insan ini dari suara hati pelajar pula lepas ni. Nantikan..........
5 comments:
-
berjuta sumpah seranah dan maki hamun keluar dari mulut Puan Ayu
berjuta ek?peh..tokok tambh cerita korang mmg ad kelas ar..
-
ish2 teruk puan ayu membelakangkan khaizir.. mcm sarfa membelakangkan nasir je 2x5 je...
wah macam bgus ja isu ini, baru tahu selama rosma ayu memang gila kuasa la.. lps tu pulak khaizir tu memang lembut(dayus).. elok sangat la tu... 2 kali 5 ja.....