• GEMPAR UKM DARI BILIK PPP

    Salam juang,

    Maaf, sekian lama kami menyepi kerana membuat beberapa penyelarasan dengan crew2 UKM-KINI. Kami mulakan dengan memaparkan email dari pembaca.


    Maklumat ini dari email yg dihantar kepada crew UKM-KINI



    Saya adalah salah seorang kakitangan UKM berkhidmat di bangunan Pusanika UKM (x perlu saya spesifikkan bahagian mana). Kecoh di kalangan kakitangan berkaitan seorang kakitangan perempuan di bahagian PPP yang ”memakan” duit haram yang sepatutnya diagihkan kepada persatuan-persatuan. Menurut sumber yang boleh dipercayai (kakitangan satu pejabat dengan perempuan ni), peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada persatuan-persatuan yang ingin mrlaksanakan sesuatu program ”diceduk” beberapa % untuk dirinya. Misalnya persatuan A diberikan RM1000, dalam laporannya ditulis RM2000, maka baki RM1000 adalah untuk ”perutnya”.



    Beberapa kakitangan yang mengetahui kes ini bercadang untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan korupsi yang dilakukan iblis bertopengkan perempuan ini demi UKM. Mereka sedang menambah bukti. Sebahagian bukti telah didapati. Mereka Cuma ingin mendapatkan laporan dari beberapa persatuan berkaitan peruntukan kewangan yang diluluskan kakitangan perempuan tadi kepada persatuan-persatuan terbabit. Kakitangan yang berasa bertanggungjawab tadi akan membuat perbandingan berkaitan maklumat atau laporan yang disediakan perempuan durjana dengan laporan kewangan dari persatuan-persatuan.



    Justeru, kakitangan-kakitangan yang berasa bertanggungjawab tadi memerlukan kerjasama mereka yang sanggup membantu menyelesaikan masalah ini dengan menghantar laporan-laporan kewangan program-program persatuan dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai bahan bukti. Saya menghantar email ini sebagai penghubung kepada kakitangan-kakitangan yang bertasnggungjawab tadi. Mereka bersetuju agar pihak ukmkini menjadi orang tengah bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh dijadikan bahan bukti. Kepada mereka yang sedia membantu, bolehlah menghantarkan maklumat kepada pihak ukmkini. Saya berharap pihak ukmkini sedia menghatar maklumat yang diberikan oleh persatuan-persatuan yang sedia membantu kepada email saya. Email saya harap dirahsiakan demi melancarkan penyelesaian kes ini. Bersatu menghapuskan korupsi.



    Email daripada : orang bawahan



    Crew UKM-KINI telah berbincang dan telah bersetuju untuk membantu ”orang bawahan” demi menentang kezaliman. Kepada mana-mana persatuan yang ingin menyalurkan maklumat, bolehlah menghantarkan maklumat kepada ukmkini09@yahoo.com.

0 comments:

Leave a Reply






KOMEN ANDA

Grab This Widget

RATING