• Kolej Za`aba Berhantu


    Berita Crew UKM-KINI

    Oleh: Halilintar


    Baru-baru ini, kejadian yang amat mengerikan berlaku di Kolej Za`aba apabila terdapat seorang pelajar sarjana UKM meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 4 blok C Kolej Za`ba.


    Pelbagai spekulasi telah dibuat berkenaan peristiwa tersebut, bermacam andaian dikeluarkan, hasil selidik yang dilakukan oleh krew UKM-KINI, Kolej Za`ba merupakan kolej yang dikenali sebagai kolej buangan, jika terdapat pelajar yang tidak mendapat mana-mana kolej, maka kolej za`ba tempat yang dituju. Dikenali juga sebagai kolej yang bermasalah, dengan kekurangan dari pelbagai aspek, seperti kemudahan internet yang tidak menyeluruh, gangguan bekalan air dan pelbagai lagi.


    Maka masalah yang terbaru pula gangguan makhluk halus, perkara ini pernah didengari sebelum ini tapi kurang diberi perhatian oleh pihak pentadbiran. Kebajikan pelajar sering diabaikan dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Kolej yang menempatkan hampir 3 ribu pelajar ini, mungkin lebih mementingkan keuntungan semata-mata.


    Dapatan daripada soal selidik UKM-KINI, kebanyakkan bangunan kolej berkenaan sering " menyusik" terutama blok yang didiami pelajar perempuan. Perkara ini tidak mustahil berkaitan dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Krew UKM-KINI juga mendapat maklumat dari pelajar-pelajar yang menginap di kolej berkenaan, mereka kadang-kadang terdengar suara-suara aneh berbunyi pada waktu tengah malam terutama di blok perempuan, terdapat pelajar yang tidak dapat tidur sehingga subuh.


    Oleh itu UKM-KINI berharap agar pihak pentadbiran kolej lebih mesra kepada pelajar, kepada pihak pentadbiran universiti pula jika merasakan sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kolej za`aba haruslah diambil tindakan segera, kita tidak mahu berulang kembali kes-kes seperti ini pada masa akan datang.

9 comments:

  1. Anonymous says:

    ye ker berhantu, ker org yang berlakon jadi hantu.. jgn main2 ngn hantu ni, nnti terkena sampuk br taw..

  1. Anonymous says:

    Ntah ye ntah tidak..
    Bukti kukuh xde.
    kes histeria kat blok prmpn pun lama dah xdgr..
    ni tetibe je hantu mai serang..
    hmmm..

  1. Anonymous says:

    tp benda ni wujud, jgn sampai x caya dah la, senang ja org yang yakin, tahu la..

  1. Anonymous says:

    bdk2 GM la yang jadi hantu kt za`ba, xeti jaga etika.. mcm hantu terutama bdk FUU TU

  1. Anonymous says:

    Si fikah ker? Dia ni mmg 'berhantu'..suka merokok..

  1. Anonymous says:

    anonymous ni psl mulut die mcm xde insurans je..aku sekeh kang bru tahu..org suh komen ttg cerite je..die siap sempat ngumpat org lg..ape punye org da ni..

  1. Anonymous says:

    sekeh jgn xsekeh..haha..

  1. Anonymous says:

    Sedekahkan Al-fatihah pada arwah lg bgus dari dok bercerita pasal hantu nih.

  1. kura says:

    aku xpasti ngape ko wat cite camni.saja nk burukkan ukm ataupun ko ada agenda lain yang sengaja nak menimbulkan kontrovesi.

    bagus ko nak menceritakan kebenaran.tp xsemua kebenaran tu bagus diceritakan!.

    sila selidik terlebih dahulu sebelum menyiarkan sesuatu berita. jangan main dengar2 mulut dari kedai2 kopi kemudian menulisnya diblog.

    -kura

Leave a Reply






KOMEN ANDA

Grab This Widget

RATING