• Mukhriz: DEB terus diberi tumpuan

    mukhriz mahathir 290508Bumiputera tidak perlu khuatir memandangkan kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun liberalisasi 27 subsektor diperkenalkan baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

    "Kita tidak perlu khuatir bahawa dasar kita seperti DEB, akan sedikit demi sedikit dilonggarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Forum & Ekspo Minyak, Gas & Petrokimia 2009 di ibunegara.

    Katanya dasar DEB walaupun pengkhususan kepada kaum Bumiputera, namun manfaatnya turut dirasai semua pihak, lapor Bernama.

    "Hakikatnya, DEB akan terus diberi tumpuan, dan pada masa yang sama dengan terbukanya pasaran kita.

    "Saya yakin kita akan melihat banyak peluang baru, bukan saja dari segi pekerjaan apabila FDI (pelaburan langsung asing) masuk, malah peningkatan keupayaan kita bersaing dengan syarikat asing dan mengeskport produk dan perkhidmatan kita," katanya.

    Mukhriz berkata pasaran negara sememangnya sudah terbuka dan kebanyakan peniaga tempatan sudah bersedia untuk bersaing dengan pelabur luar.

    Ekuiti asing

    "Pasaran kita memang sudah terbuka, cuma polisi belum diseragamkan dan itulah yang dibuat kerajaan untuk menyeragamkan semula dasar yang telah diamalkan," kata Mukhriz.

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul yang juga menteri kewangan, mengumumkan liberalisasi 27 subsektor, berkuat kuasa serta merta.

    Liberasi itu membabitkan keputusan kerajaan menghapuskan 30 peratus syarat ekuiti Bumiputera dalam 27 subsektor perkhidmatan.

    Manakala kelmarin, perdana menteri mengumumkan bahawa pegangan ekuiti asing dalam bank pelaburan dan Islam serta syarikat insurans dan takaful telah ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus.

    Menerusi liberalisasi itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pengeluran tujuh lesen perbankan lagi dan dua lesen takaful keluarga.

    Menurutnya, liberalisasi dalam 27 subsektor yang telah diumumkan tidak dibuat secara mengejut, ianya telah dikaji oleh Miti selama dua tahun dan telah dipertimbangkan oleh majlis ekonomi.

    sumber : http://www.malaysiakini.com/news/103318

    Apa respon anda? masih relevankah DEB?

0 comments:

Leave a Reply






KOMEN ANDA

Grab This Widget

RATING