Ucapan tahniah kepada saudara Idris bin Yusoff kerana telah dilantik menjadi Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, mengikut maklumat yang diterima krew UKM-KINI baru-baru ini AGM @ muktamar GAMIS telah berlangsung dan pertukaran pemimpin telah berlaku. Saudara Idris merupakan Presiden ISIUKM sekarang dan merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menggantikan saudara Dhulkhairi daripada UM. Diharapkan perlantikan yang baru ini, beliau dapat membawa satu momentum baru dalam idealisme mahasiswa khususnya di muka bumi UKM ini, diharapakan juga kerjasama dengan front lain juga dapat dieratkan lagi seperti DEMA, KAMI, khomeni, JKMI dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini GAMIS hanya untuk orang-orang tertentu sahaja yang biasa dengan gelaran JIK, seharusnya GAMIS perlu untuk lebarkan sayapnya lagi. Mungkin GAMIS sinonim dengan parti pembangkang tetapi kekuatan yang ada pada GAMIS tidak dapat dinafikan untuk membawa agenda mahasiswa…
0 comments: